Monday, September 28, 2009

raya yang penat...

di hari raya pertama






raya yang penat ke aku yang penat beraya??


dah 10 hari kite beraya. sepanjang 10 hari beraya ni tak der sehari pun aku duduk umah tgk tv.


penatnye badan ni tak tau la nak cakap macamana..


tahun ni kan kali pertama beraya dengan kuage mertua..so bertambah la sedara mara aku yang nak kne datang umahnye..


yang bestnye aku dapat duit raya tahun ni. mcm tak caya kn?? capai ratus la jugak.


gelak syaiton masa dapat duit raya tu..** bole wat duit minyak kete..huahuahua...**


sabtu lepas aku balik umah MIL aku kt segamat..on my way ke sana tu aku borak2 ngn dengan suami kus pasal nak wat alignment kete aku ni..lama nau dah tak buat.
dalam dok borak2 tu sekali suami kus terlanggar lubang..
adoiiii..bergegar rasa jantung


pastu tetiba jek aku dengar mcm ada bunyi jek kete aku. kitorang berenti tepi jalan.


huh..tayar aku dah flat dah..masa tu terbayang2 duit terbang.huaaaaaaaaaaaa


kitorang pun g la kedai tayar..nak tukar terus tayar tu sekali rim bengkok la pulak..


bukan 1 rim yang bengkok..3 rim skali bengkok.


tak kan la cina kedai tu nak bagi aku beli 3 rim jek..sape lagi nak beli yang 1 lagi tu..so paham2 sendiri ler kitorang kene la beli rim baru..


rim baru dengan 4 tayar skali tukar..terbang duit suami kuss.huaa....**hadiah hari raya katanya


tak terpikir pun nak tukar2 rim ni...ingat nak tukar tayar jek..ha hambik ko..4 rim 4 tayar sekali.

aku ni bukan la obsess sangat pasal benda2 ni..asal bole jalan ok dah..

ha ni la hadiah hari raya suami kuss..kalau tak langgar lubang aku tak dapat hadiah ni.





cite pasal ahad lepas..aku g melaka umah geng2 9VOS. setahun sekali baru la nk jumpa..
tapi tak der gambar la nk upload sebab tak bergambar pun asik dok berborak jek sampai lupa nk posing..

first g umah dak alex..pastu umah dak owie..pastu umah dak yus..pastu umah dak ajay..last skali umah dak bad.
ingat nak jeleskn kengkawan yang tak dapat join..wink wink..

niat tak baik tu pasal ler tuhan bagi aku lupa..huahuahuahua..
pada kawan2 yang sudi menerima kunjungan aku ngn suami kuss terima kasih ler banyak2..korang memang best la.

pada kawan2 yang tak dapat join memang rugi giler..best tau..asik makan jek.hihihihi


nota noti : masa nak balik semalam rasa sedih la pulak. sob..sob..

Friday, September 18, 2009

selamat hari raya..




tinggal lebih kurang sehari jek lagi ramadhan yang mulia akan melabuhkn tirainya.. lepas ni kite sebagai umat islam yang sememangnya bersyukur atas nikmat yang diberikan ini akan sama2 menyambut kedatangan syawal.

mcmn persiapan korang nak raya ni?? harap2nya persiapan raya ni tak la keterlaluan.. memang kite disuruh untuk bergembira di hari raya tapi jangan la kita lupa pada yang terlebih dahulu menyambut panggilan Illahi..sayu rasa hati.

ok la..sempana bulan penuh keberkatan ni aku nak mohon maaf pada semua kawan2 yang kenal mahupun tak kenal..sekiranya ada keterlanjuran kata ke..terngumpat ke..terngata ke..harap2 kite sesama ler memaafkan..

selamat hari raya..maaf zahir dan batin..

nota noti : yess..berat aku dah turun 4kg puase ni..now berat aku 44kg.hehehe..jgn raya nnt naik udah ler..huhuhu..


Thursday, September 10, 2009

lelaki macam kucing ke??

pagi-pagi dah dapat forward email dari suami kuss.
ha ape motif??? ish..nk kene ni..
ada yang betul ada jugak yang tak betulnyer..tak bole la sama kn manusia ngn haiwan. kn?kn?
TAPI..yang baik kte jadikn panduan..idok gitu??
moh ler baca..

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
1) Kucing jantan suka dibelai. ~
Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar ~
Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur ~ **ish tak suke tul ler laki kuat tido, lembap pemikiran**
Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap ~
Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik ~
Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa ~
Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina ~
Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la) **ala pempuan pn tak sume kawin ngn cinta pertama..hahaha tak nak ngalah**

** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga... Luu pikirr laa sendiri...Wah. .wah..kah. kah..kah. ."Meowwwww. ..."..ahaks

nota noti : kalau lelaki cam kucing jantan pempuan cam kucing betina la kn?? ala tomeiiii...


Monday, September 7, 2009

mood raya..mood raya..

entri terlampau tak ni?? **lama lg nk raya la mak cik oii** cam over jek kan..
hehehhe..lantak la korang nak cakap ape.
mood raya aku dah start dah.
semalam aku dah start wat kuih raya.yea yea..
kuih pertama dan wajib adalah kuih kat atas tu la..tart gulung..
aku start buat dari kul 9 mlm sampai la kul 11 malam..
sambil buat sambil makan..tu yang tak penuh-penuh 1 bekas ni..hihihihi
anak-anak sedara aku pun join jugak wat tart ni..tu yang banyak kne 'ngap' jek tu..

tu la aktiviti aku weekend semalam ni selain menyiapkan langsir aku yang 90% siap.
opppss..lupa lak. aku ada g shopping jugak ler..
aku g cari kain samping en zul....**satu baju satu samping katanye...adoiyai**
sib baik la dapat yang match dengan baju.........**jenuh aku cari tau..gambar tak leh,tak suprise nnt**

ok la...jumpa lagi ye tawan-tawan ku.
selamat membuat persiapan raya..

Wednesday, September 2, 2009

semoga rohnya dicucuri rahmat

salam sume
tetiba emosi aku jd sedih..
patutnya aku publish post ni sabtu lepas
tapi aku tersangat la bz nyer ye kwn2ku sekalian**bz wt ape tah**

ekceli sabtu lps genap 6 tahun pemergian abah aku..HJ ABU BAKAR BIN HUSSIEN
abah ku meninggalkn kami sekeluarga pada 3 NOv 2003 bersamaan 8 ramadhan.
hari ahad 2 Nov kami sekeluarga berkumpul kt umh..
adik beradik aku ada 8 orang..tapi hari tu cume ada 7 jek sbb abg aku masih lg kt London.
hari tu abah aku mengira anak die..
''ada 7 jek anak abah kt sini, sorg lagi tak der kt sini''..abah aku ckp.
mlm tu ada akak ngan abang yg balik ke rumah masing2..sbb soknyer isnin keje

aku masa tu tengah cuti semester..nak naik ke semester 7.
so aku ada la kt umah smpai akhir minggu tu..
pagi isnin tu kitorg sahur mcm biase..
bila nk kejutkn abah untuk smbahyang subuh..tiba2 aku yg ada dlm bilik terdgr suara abg ipar aku..
''ANAK-ANAK SUME..ABAH KITE DAH TAK ADER..''
masa tu aku terus keluar bilik menuju kt abah.
abah baring mengiring dah tak bernyawa lagi..
aku menangis..menggigil seluruh badan aku..
kitorg masih lagi tak percaya dengan ape yang berlaku depan mata ni.
br malam tadi berbual2 ngn abah..
pagi tu abah pergi tinggalkn kami semua..

Ya Allah..berat dugaan ni..
pagi tu aku kol sume adik beradik dan saudara mara aku..
aku masih lagi terngiang2 kt telinga ni..
abah ckp dengan aku..
''abah tak der harta nk bg kau..cume abah bg kau pelajaran untuk masa depan kau''..
Ya Allah..aku terlalu rindu insan ini..
insan yang banyak bagi aku dorongan dalam pelajaran sampai aku berjaya sekarang..alhamdulillah..
aku terkilan.. dia tak dapat merasai hasilnya..
abah jugak tak dapat rasa duit gaji aku...
semasa hayatnya abah aku adalah seorang Qari dalam pertandingan membaca AlQuran.
aku sangat bangga dgn abah sbb abah berjaya sehingga mewakili negeri Johor.
tapi waktu tu aku lum lahir lagi..
waktu lapangnya abah menghabiskan masa kt kedai runcit dan kadang2 mengajar orang mengaji
suara abah memang klass..
abah aku jugak ajar anak2 die mengaji berlagu..
alhamdulillah..aku mula mewakili sekolah dan daerah start aku darjah 3 sampai la aku kt matrix..
aku sangat bangga dengan abah..
**ni la dia hero dalam hidup aku..aku tak ingat tahun bl ni..abah dgn kek sempena hari bapa**


**antara piala yang abah menangi**



**ni piala antik..piala2 ni milik abah jugak**


**tinggal kenangan..gambar abah masa muda2 dulu..teka la abah aku yg mn 1**


semoga rohnya dicucuri rahmat..
aku rindu abah..
Al-Fatihah..



Tuesday, September 1, 2009

cite bukak puasa..

salam sume..
selamat menyambut hari kemerdekaan pd sume rakyat malaysia yang bc blog ni..
disamping menjalani ibadah puase suasana sambutan pun agak meriah la jugak kn..
arini aku nk cite pasal bukak puase weekend aritu..
akak aku a.k.a ngah menjemput sume adik beradik bukak puase kt uamh die di kluang.
tak der ler jauh sgt dr umah aku..dlm 45min jek smpai..
memandangkn sume tak kje kn weekend tu so tak der alasan la tak dpt dtg..
cume en suami ku jek yang ada alasan kukuh tak dpt join.hihihihi..

aku sampai umah ngah dalam pukul 6 lbh kot sbb sebelum tu aku dok sibuk g Prima Moda cari langsir untuk raya..hehehhe
bak kata abg ipar aku..'dtg bwk perut jek'..hahahha...untung bwk perut jek.kalau bwk tepen**mangkuk tingkat**lg la teruk..
menu yang disediakn ptg tu mcm2 ada..
nasi beriani ada..mee goreng ada..bubur kacang durian ada..buah2 tempatan ada..
byk lg la..
sampai aku rasa perut ni ketat sgt lps mkn.huahuahuaha
mggu dpn plan bukak puase umah abg aku kt jb plak..
tp jauh sgt la plak..kne pk 3 4 kali ni..
ok la..jom layan gmbr2 ni..


**sebahagian menu yang masuk dlm kamera aku ni**

**time rakus amik makanan..tak bole letak mknn kt bwh sbb ramai sgt kuage aku tak cukup tpt nk ddk..umah akak aku ni byk perabot**



**ha yang ni pose comel sementara tggu buka puase..kolam ikan baru akak aku**



**cantik sgt kolam ni aku suke..dr yang lama yang ni lagi cantik.duitnye pun cantik gak.berbaloi baloi**