Monday, March 22, 2010

aku @t kUcHing

sebelum balik semenanjung suami kesayanganku**sile muntah hijau** janji nak bawak aku keliling bandar Kuching. wah..best..best. perjalanan dari Sarikei ke Kuching lebih kurang 5-6 jam. haiyak...Sarawak ni kan luas banyak hutan..so nak ke satu2 bandar tu memang ler jauh. bangun-tido-bangun lagi pun tak sampai2. kitorang berada di Kuching 3 hari 2 malam dan beradu di Tune Hotel betul2 kat depan Waterfront.

kat bandar Kuching ni banyak nau 'kucing'. aku pun tak tau mana 1 yg betul2 lambang bandar Kuching hehehhe... tapi aku tak kira la..asal ada 'kucing' tu kira bole la kan nak snap gambo.

rasa2 'kucing' ni paling hensem tu pasal aku amik gambo kat sini. hehehhe...

hari pertama kat Kuching ni kitorang tak jalan2 mana2 pn sebab dah letih dalam perjalanan dlm kete. so hubby ajak aku gi tengok wayang 3D kat The Spring. satu2nya wayang 3D kat Sarawak ni dan 1st time jugak bagi aku. kitorang tengok cite Alice in Wonderland. hahahah...hubby siap ketawakan aku sebab aku mengelak bila Alice tu berlari dalam ranting2 kayu. jahat tau..babab nanti.

sempat posing plak

lepas tgk wayang jalan2 window shopping kat The Spring tu. tengah jalan2 nampak plak M.A.C. terus tarik hubby masuk. saja tengok2 jek dok terbelek2 lipstick...tiba2..."kalau nak ambik la.." wahh...berbunga2 ati aku ni. lps tu salesgirl tu recommand la plak skincare product kat aku n hubby. aku pun tadah jek la muka ni bagi die test kt muka aku ni..

ceh..konon macam nak beli la...

tapi memang betul la orang cakap..alah membeli menang memakai. lepas aku di touch up dengan skincare product ni memang la kulit muka aku jauh beza. lasting plak tu. aku dah meronda2 pun muka maintain jek. **dah mcm promote plak ni**. aku tgk hubby macam nak beli jek sbb product ni lelaki pn bole pakai.**skincare product ni bukan bedak2 tu ye** aku macam tak setuju plak sbb paham2 sendiri la harga die rm1000++

tapi 2 benda alah ni jek la yang aku beli..yang ribu riban tu rasanya ke'obses'san aku pd make up belum ketahap tu lagi la. masih waras nak fikir mana keperluan mana kehendak.hahahha...ayat tak tahan.

hari kedua hubby bawak jalan2 depan Waterfront. pegi jugak tempat jual2 souvenir. naik lengoh kaki ni. parking kete dh la susah. cite pasal parking ni, ada insiden yg memalukan jugak la kat kitorang ni. kat Batu Pahat kupon parking dijual kat kedai2, kedai buku kat 7-Eleven pun ada. hubby aku ni dengan rasa tanggungjwbnya nak beli kupon tu kat 7-E. hubby pun tanya la kat budak laki kedai tu. punya la hangin aku..die bantai gelakkan hubby aku. nasib baik cikgu aku ajar aku sabar. kalau tak..makan tumit kasut la budak tu hari tu. rupanya kupon tu dijual kat pondok2 tertentu.hadoi..... susah banget.

depan Waterfront siang2 ari..

malam tu hubby bawak makan kat waterfront. malam2 best sangat. nak seberang sungai ni kene naik sampan comel. tambang 50sen jek. pengalaman baru beb..

dah sampai kedai makan. makan best plak..murah pun murah.. sampai tak hengat dunia.

ni la die sampan yang aku bgtau tadi. dah mcm cite Pendekar Bujang Lapok jek kan.tapi memang best sgt. sampan ni dalam 6 ke 7 org la bole masuk. bukan jauh pun..tak sampai 2 minit dh sampai. cume nak seberang sungai ni jek.

sempat lagi posing dalam sampan..

hari ketiga sebelum balik semenanjung kitorang pegi beli ikan terubuk masin. kalau tak beli nanti orang kg tanya2 pulak mana ole2 Sarawak. pagi2 lagi dah terjah Pasar Tamu tempat orang jual ikan terubuk masin. banyak sangat gerai kat sini sume jual terubuk masin.

ha..kakak yang depan sekali ni la tempat kitorang borong ikan die. dah malas nak jalan2 beli jek kat depan ni..gumbira akak tu. kalau tiap2 ari aku borong mcm tu kat die memang naik haji 6 kali la akak tu. hahhaha...

lepas tu kitorang bertolak ke Sibu Airport untuk pulang..waaa..rindunye kampunggg..
sekarang aku kat Batu Pahat tengah berkursus..kursus ape???tungguuuu...

3 comments:

  1. uh..gi kursus haji ke?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...masin mulut ko.hehehe...

    ReplyDelete
  3. Syukur dpt berjalan jauh...

    ReplyDelete